Negara Malaysia pada dasarnya
mengamalkan dasar ekonomi terbuka. Dasar ini mudah dipengaruhi oleh perubahan
suasana ekonomi antarabangsa atau negara-negara luar, terutamanya negara-negara
maju. Namun begitu, ekonomi negara Malaysia tetap kukuh walaupun ekonomi
Malaysia hari ini diasaskan dari sejarah perkembangan yang bertitik tolak dari
zaman keagungan Kerajaan Melaka dan di zaman penjajahan British. Kesan yang
paling ketara akibat daripada tindakan penjajah British yang mencorakkan
aktiviti ekonomi negara semasa penjajahan mereka ialah berlaku
ketidakseimbangan pembahagian aktiviti ekonomi dalam perkembangan dan
pertumbuhan ekonomi di antara sektor, kawasan, kaum dan sebagainya. Namun
begitu, ekonomi negara Malaysia tetap kukuh walaupun ekonomi Malaysia hari ini
diasaskan dari sejarah perkembangan yang bertitik tolak dari zaman keagungan
Kerajaan Melaka dan di zaman penjajahan British.Pada umumnya, terdapat tiga
kumpulan kaum utama yang membentuk masyarakat Malaysia iaitu Melayu, Cina dan
India. Di samping tiga etnik ini, terdapat pula kumpulan minoriti seperti Orang
Asli, Punjabi, Serani dan lain-lain. Kehadiran tiga kaum ini dan kaum-kaum lain
telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini. Walaupun mereka menetap di
sebuah negara yang sama, namun ketiga-tiga kaum ini masih mengekalkan identiti
masing-masing dan mengamalkan tradisi yang tersendiri. Mereka masing-masing
telah mengamalkan aktiviti seperti pertanian, perlombongan dan perdagangan dan
saling mewujudkan perkongsian hidup di dalam aspek ekonomi.Pertanian
merupakan sektor yang penting dalam pembangunan masyarakat dan negara kerana
dapat memberikan kualiti kehidupan yang lebih baik melalui sumber makanan,
sumber kewangan dan juga dalam sektor ekonomi negara. Slogan yang menyatakan
‘Pertanian adalah Perniagaan’ adalah punca kepada perubahan situasi ekonomi
yang menjurus kepada pembangunan negara. Situasi ini terhasil apabila
pengeluaran hasil pertanian melalui pekebun atau peniaga menjadi satu bidang
perniagaan di mana dapat memenuhi keperluan asas dan juga harian kepada
penduduk dalam negara ini. Hal ini membolehkan mereka menyara diri dan keluarga
hanya dengan hasil pertanian sahaja.Visi
‘pertanian adalah perniagaan’ bertujuan untuk mentransformasikan Malaysia
daripada sebuah negara perindustrian kepada sebuah negara pertanian. Melalui
aktiviti-aktiviti pertanian, petani bukan sahaja dapat menampung perbelanjaan
harian mereka malah dapat mengaut keuntungan yang lebih besar jika pengeluaran
hasil pertanian tinggi. Golongan muda masa kini juga mula menceburi bidang
pertanian kerana mereka melihat hasil pulangan yang lumayan dan mampu membuka
peluang pekerjaan kepada golongan yang menganggur.Kerajaan
juga telah banyak berusaha dalam membangunkan bidang pertanian untuk dijadikan
bidang perniagaan yang dapat meningkatkan taraf hidup rakyat dan membantu
meningkatkan pendapatan negara. Hasil pertanian juga bukan sahaja diguna pakai
dalam Malaysia malah dieksport ke luar negara bagi tujuan memenuhi permintaan
keperluan penduduk di sesebuah negara.
PERTANIAN BERASASKAN PERNIAGAAN
Wednesday, 14 December 2016
KEPENTINGAN BIDANG PERTANIAN
Sektor
pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-negara
membangun seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang
membezakan status antara negara-negara membangun dan negara-negara maju. Sektor
ini jugalah yang telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di
dalam era selepas merdeka yang mana pada masa tersebut, majoriti penduduk
tertumpu kepada aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan perlombongan.Namun,
dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian
beransur-ansur dipandang sayu. Para petani juga tidak lagi berminat menjalankan
kerja-kerja tani yang dahulunya pernah menjadi pekerjaan turun-temurun. Lebih
parah, generasi pelapis yang diharapkan akan meneruskan pekerjaan turun-temurun
itu lebih berminat berhijrah ke bandar-bandar besar mencari pekerjaan yang
lebih ´bermaruah´ dan menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan terjamin
dalam sektor perindustrian.
Hal
ini kerana imej pekerjaan di sektor perindustrian dilihat lebih tinggi dan
memiliki kemudahan sosial yang lebih baik. Peluang membaiki taraf ekonomi
melalui pendapatan di sektor perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin.
Sebaliknya, pendapatan di sektor pertanian tidak stabil.
Penghijrahan
tenaga buruh dari sektor pertanian ke sektor bukan pertanian ini mengakibatkan
kekurangan tenaga buruh di sektor pertanian. Malah, bilangan ladang di
Semenanjung Malaysia yang mengalami masalah tenaga buruh turut meningkat tahun
demi tahun.
Kekurangan
tenaga buruh yang mendesak menyebabkan ramai pekerja asing dibawa masuk. Di antara
tahun 2001-2003 sahaja, seramai 19,343 buruh asing tambahan telah diambil
bekerja dalam sektor pertanian (termasuk sektor peladangan). Lebih parah,
petani asal yang tinggal adalah terdiri daripada petani yang sudah tua dan
uzur. Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian pada tahun
2002/2003, 39% daripada petani yang ditemubual berumur lebih dari 55 tahun.
Selain
daripada faktor penghijrahan ini, antara masalah yang dihadapi oleh sektor
pertanian kini ialah saiz ladang yang berskala kecil dan tidak ekonomik. Saiz
tanah yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang
tinggi.
Kajian
yang dijalankan mendapati 65% pesawah padi mengusahakan sawah yang bersaiz
kurang dari satu hektar. Sub-sektor pengeluaran makanan pertanian juga terpaksa
bersaing dengan sektor perladangan untuk mendapatkan tanah yang baik.
Umpamanya, sektor perladangan sahaja menguasai 83% daripada 6.36 juta hektar
tanah yang bertanam.Di samping saiz tanah yang kecil dan tidak ekonomik,
terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi daya pengeluaran yang rendah
dan kos purata yang tinggi di sub-sektor pekebun kecil. Pertama ialah
kekurangan tenaga buruh yang berpelajaran, produktif dan cekap.
Kekurangan
ini akan menyebabkan perancangan yang baik dan pengurusan yang cekap tidak
dapat dilaksanakan. Juga, petani yang kurang pendidikan akan menghadapi masalah
kekurangan modal kerana mereka sukar memperolehi kredit daripada institusi
kewangan. Untuk mendapatkan kredit, mereka terpaksa memenuhi syarat dan keperluan
yang kompleks yang ditetapkan oleh institusi berkenaan.
Kekurangan
modal pula merupakan penghalang untuk mereka menyerap teknologi moden,
terutamanya menanam semula tanaman getah yang telah tua dengan baka benih atau
klon yang tinggi daya pengeluarannya dan lumayan hasilnya. Sebabnya untuk
menanam semula, petani terpaksa menunggu sekurang-kurangnya empat tahun untuk
mendapatkan hasil. Dalam tempoh tersebut, mereka tidak mempunyai sebarang
sumber pendapatan semasa lagi. Dengan itu, walaupun teknologi moden berpotensi
memberikan manfaat yang besar, mereka tidak berkemampuan untuk menerimanya.
Disebabkan
kekurangan pengetahuan tentang teknologi moden, kebanyakan petani tidak
mengguna baka benih atau klon yang berdaya pengeluaran tinggi yang terkini, tidak
menggunakan baja dan bahan kimia secara optimum dan betul, tidak melaksanakan
pembaik pulih tanah dan mengamalkan adat dan budaya tradisi yang tidak
mendorong ke arah memperoleh daya pengeluaran yang tinggi.
Selain
daripada itu, negara juga menghadapi masalah kekurangan benih di sektor-sektor
kecil tertentu. Bagi sektor sayur-sayuran umpamanya, 95% benih yang diperlukan
adalah diimport dari Thailand, Taiwan, China, Australia dan lain-lain lagi.
Benih buah-buahan seperti benih hybrid tembikai yang berhasil tinggi pula perlu
djimport dari luar negeri seperti Taiwan. Harga benih hybrid ini agak tinggi
dan mengakibatkan peningkatan kos pengeluaran. Negara juga perlu mengimport 25%
benih ikan untuk menampung keperluan semasa.
Dari
segi pelaburan swasta dalam sektor makanan, ianya lebih rendah jika
dibandingkan dengan pelaburan di dalam sektor pembuatan atau sektor
perladangan. Ini kerana masih wujudnya persepsi bahawa sektor pertanian mundur
dan memberi pulangan yang kurang berbanding sektor lain.Selain daripada itu,
sektor pengeluaran makanan juga memerlukan usaha lebih intensif berbanding
dengan sektor-sektor lain. Sebagai usaha untuk memodenkan sektor pertanian dan
meningkatkan ladang sedia ada kepada ladang berskala komersil, Kerajaan perlu
menggalakkan lebih banyak syarikat swasta yang besar untuk menceburi sektor
pengeluaran makanan.Liberalisasi perdagangan di bawah WTO dan AFTA juga akan
menyebabkan hasil pertanian negara menghadapi persaingan lebih sengit daripada
negara-negara pengeluar yang lain yang mempunyai kelebihan kos pengeluaran yang
rendah. Lambakan hasil pertanian dijangka akan berlaku apabila sekatan bukan
tarif di negara-negara ahli yang mempunyai kos pengeluaran lebih tinggi
dihapuskan.Import makanan negara turut meningkat setiap tahun kesan dari
pertambahan bilangan dan taraf hidup penduduk. Pada tahun 1996, import makanan
(termasuk makanan ternakan) dan input pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding
dengan RM4.6 bilion pada 1990. Pada tahun 1997 (Januari-Oktober) importnya
adalah RM9.1 bilion.Kenaikan permintaan makanan membawa kepada kenaikan harga
makanan. Pada 1996, kenaikan harga makanan menyumbangkan 57% daripada kenaikan
Indeks Harga Pengguna. Kejatuhan ringgit sejak Julai 1997 sebanyak 40% (RM2.6
kepada RM3.6 sedolar) telah meningkatkan kos import makanan dan input
pertanian.Malaysia mengalami defisit dalam perdagangan makanan (termasuk
makanan binatang) dan input pertanian. Ini bermakna terdapat lebihan aliran
keluar wang negara bagi membiayai import. Pada tahun 1996 eksportnya adalah
sebanyak RM4.2 bilion, dan pada 1997 (Januari-Oktober 1997) adalah RM4.5
bilion. Ini bermakna defisit dalam perdagangan makanan dan input pertanian
ialah RM6.3 bilion pada 1996, dan RM4.6 bilion pada 1997.Krisis kewangan telah
menyedarkan Malaysia akan perlunya peningkatan dalam aspek keselamatan makanan
negara melalui pengeluaran makanan sendiri dan menyusun strategi bagi
mengurangkan pergantungan makanan dari negara lain. Juteru, di sinilah sektor
pertanian memainkan peranan pentingnya
TRANSFORMASI BIDANG PERTANIAN
Sektor pertanian dan industri asas tani
perlu mengalami transformasi untuk menjadikan sektor ini lebih moden, dinamik
dan berdaya saing. Justeru, kerajaan di bawah kementerian yang berkaitan
melihat usaha-usaha berikut sebagai jalan penyelesaiannya:
(i)
Transformasi Ladang
Saiz
tanah yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang
tinggi. Program untuk memperolehi faedah berskala seperti projek kelompok,
pemuliharaan tanah terbiar secara estet/kelompok, Taman Kekal Pengeluaran
Makanan dan Projek 10 Tan Padi telah pun dilaksanakan. Dalam skim-skim ini,
Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practices) digalakkan supaya keluaran
pertanian yang dihasilkan adalah berkualiti dan selamat dimakan. Program
Plantation Integration Areas (TAC) juga dilaksanakan bagi mengoptimumkan
penggunaan kawasan perladangan bagi menjanakan hasil sampingan dengan ternakan
lembu
(ii)
Transformasi Tenaga Buruh Kepada
Penggunaan Mekanisasi, Otomasi dan
Teknologi
Negara
perlu meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat
kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu
pengetahuan. Program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi
meningkat produktiviti telah dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan
belia tani bagi melahirkan usahawan tani, program fertigasi tanaman pertanian,
dan sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system). Di dalam
pembangunan perikanan pula, usaha bagi meningkatkan tahap teknologi dilaksanakan
melalui program pen culture, akuakultur secara nukleus, open sea cage culture
dan mengurangkan kehilangan hasil akibat ´post harvest´.
(ii)
Pengurusan Ladang Yang Moden
Program
latihan dan kemudahan akan dipertingkatkan bagi memastikan peladang dibekalkan
dengan kemahiran teknikal dan teknologi bagi meningkatkan produktiviti manakala
pakar-pakar dan pekerja yang terlibat dalam aktiviti bimbingan dan latihan
dilengkapkan dengan pengetahuan dan kepakaran bagi membantu masyarakat tani.
Untuk mencapai tujuan ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang
berusaha meningkatkan khidmat pengembangan dan khidmat nasihat teknikal.
Inkubator-inkubator
bagi memberi latihan tambahan juga telah dibina untuk memberi latihan kepada
golongan sasar di ladang sebenar.
(iii)
Daya saing Lebih Tinggi
Kualiti
produk yang rendah dan tidak seragam menyebabkan hasil pertanian negara tidak
dapat bersaing di pasaran global. Dengan harga yang tinggi di pasaran domestik
dan jangkaan lambakan hasil pertanian dari luar negara yang lebih murah
berikutan pembukaan pasaran di bawah pelaksanaan WTO dan AFTA, hasil pertanian
negara akan menghadapi persaingan yang tinggi. Sehubungan itu, hasil pertanian
negara perlu berkualiti dan mematuhi piawaian keselamatan makanan antarabangsa
bagi membolehkan hasil pertanian dieksport mahupun dipasarkan di dalam negara.
Konsep jaminan kualiti daripada ladang ke meja hidang akan diamalkan secara
meluas melalui skim akreditasi serta kawalselia dan pemeriksaan veterinar yang
ketat di ladang ternakan, kilang makanan haiwan, rumah penyembelihan, kilang
pemprosesan, stesen kuarantin dan setiap pintu masuk ke dalam negara.
(v) Mempelbagaikan
Pulangan Pelaburan
Masalah
pulangan terhadap pelaburan yang rendah dan lambat dapat diatasi dengan memberi
tumpuan kepada aktiviti integrasi tanaman-ternakan, intercropping, mixed
farming dan juga marinovasi. Aktiviti pemprosean hiliran juga merupakan satu
usaha untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi masyarakat tani dan menambahkan
pendapatan mereka dalam mengeluarkan produk yang diproses yang mempunyai nilai
tambah yang tinggi.
(vi) Pengezonan
(zoning)
Selaras
dengan pendekatan pembangunan pertanian berasaskan produk, pembangunan secara
sektoral melalui pengezonan kawasan pengeluaran pertanian akan dilaksanakan.
Ini bertujuan bagi membolehkan pembangunan pertanian secara kelompok dapat
dihasilkan supaya faedah perbandingan (comparative advantage) diperolehi.
Zon-zon pengeluaran ini termasuklah zon perindustrian akuakultur (ZIA), zon-zon
tanaman, zon-zon pengeluaran ternakan dan kawasan integrasi ladang (TAC).
Perlaksanaan zon-zon ini akan membolehkan para pengusaha meningkatkan hasil
mereka kerana keadaan agro-klimatik yang sesuai untuk aktiviti tertentu. Selain
daripada itu, ia juga membolehkan kerajaan menumpukan khidmat sokongan mengikut
jenis aktiviti pertanian yang dilaksanakan di kawasan tertentu.
(vii) Insentif
Untuk Projek Pengeluaran Makanan
Kerajaan
juga menyediakan insentif istimewa bagi projek pengeluaran makanan seperti yang
diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Di bawah insentif ini,
syarikat-syarikat yang mengusaha atau melabur dalam projek pengeluaran makanan
layak mendapatkan insentif khas selain daripada insentif-insentif lain seperti
taraf perintis, insentif untuk menggalakkan eksport dan sebagainya.
POTENSI BIDANG PERTANIAN SEBAGAI PERNIAGAAN
Bidang
pertanian berpotensi sebagai perniagaan yang menguntungkan dan merupakan
perkara yang menjadi asas pegangan petani atau sesiapa sahaja yang mengusahakan
bidang pertanian itu sendiri. Bidang pertanian dilihat berpotensi tinggi untuk
dibawa ke peringkat antarabangsa kerana hasil keluarannya mempunyai kualiti
yang tinggi dan setanding dengan negara-negara pertanian yang lain. Malaysia
juga mampu mengeksport hasil tanaman dalam kuantiti yang banyak kerana tanah di
Malaysia sangat subur, luas dan sesuai untuk bidang pertanian.
Selain
itu, bidang ini juga berpotensi mengeluarkan produk yang bermutu tinggi untuk
dipasarkan di pasaran tempatan dan anatarbangsa. Untuk memenuhi permintaan
pasaran, beberapa tindakan perlu dilakukan seperti pelabelan, penggredan dan
pembungkusan bagi menepati piawaian-piawaian antarabangsa. Jabatan Pertanian
sedang melaksanakan satu program iaitu Skim Akreditasi Ladang Malaysia (SALM)
bagi menjamin kualiti hasil pengeluaran lading dan pemprosesan. Bidang ini akan
dapat mengeluarkan produk yang bermutu tinggi jika program seperti ini dapat
dilaksanakan dengan baik.
Aspek-aspek
kualiti dan keselamatan juga berpotensi membawa kepada keuntungan. Ia juga
meberi jaminan pasaran tempatan dan luar negara di samping memperolehi harga
yang lebih tinggi. Daya saing dalam pengeluaran akan dapat dipertingkatkan lagi
jika semua pengusaha mengamalkan amalan dan pendekatan ini. Program kualiti
juga perlu dilaksanakan oleh jabatan dan agensi yang telibat bagi memberi
pemahaman kepada pengusaha. Hal ini dapat membantu meningkatkan potensi dan
mengekalkan kualiti pengeluran barangan atau produk mereka.
Perubahan
yang baru dalam bidang pertanian adalah amat penting bagi meningkatkan potensi
bidang tersebut. Peranan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan adalah amat
diperlukan bagi membangunkan bidang pertanian yang memerlukan tanah sama ada di
darat dan di laut. Bidang kuasa yang telibat adalah Kerajaan Negeri di mana
jika Jabatan Perikanan merancang untuk membangunkan Zon Industri Akuakultur
sudah tentulah kawasan atau tempat tersebut di bawah seliaan Kerajaan Negeri
yang terlibat. Kelancaran dan kejayaan projek ini amat bergantung kepada
kelulusan dan syarat yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.
Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani bersama-sama jabatan dan agensi kerajaan di
bawahnya perlu merancang dan melaksanakan program dan projek untuk meningkatkan
potensi bidang pertanian. Ia mampu membawa kepada pengeluaran makanan dan
memajukan kumpulan sasaran iaitu para petani dan pengusahanya. Oleh itu, pihak
kerajaan perlu meletakkan pegawai yang mencukupi bagi membolehkan program dan
projek pertanian dapat dijalankan dengan baik. Mereka perlu diletakkan di
setiap peringkat daerah dan negeri mengikut kesesuaian dan bilangan petani yang
ada. Hasil pertanian dapat dikekalkan dalam potensi yang baik jika ketua-ketua
jabatan mengagihkan tenaga kerja dengan baik.
CABARAN/HALANGAN BIDANG PERNIAGAAN
Untuk
memajukan sektor pertanian negara sebagai satu sektor yang moden, dinamik dan
berdaya saing, isu-isu kritikal dan cabaran yang dihadapi oleh sektor pertanian
perlu ditangani. Berikut merupakan antara cabaran yang dihadapi oleh sektor
pertanian:
I)
Saiz ladang yang berskala
kecil dan tidak ekonomik.
Saiz
tanah yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang
tinggi. Kajian yang dijalankan mendapati 65% pesawah padi mengusahakan sawah
yang bersaiz kurang dari satu hektar. Sub-sektor pengeluaran makanan pertanian
juga terpaksa bersaing dengan sektor perladangan untuk mendapatkan tanah yang
baik.
2) Kekurangan
tenaga kerja mahir dan separa mahir.
Hal
ini demikian kerana ramai ramai golongan muda terutama golongan mahasiswa dan
mahasiswi tidak berminat untuk mempelajari dan menceburi bidang pertanian ini
kerana mereka tidak mahu bersusah payah di bawah panas terik matahari dan lebih
mementingkan keselesaan diri sendiri serta berminat untuk makan gaji.
3) Masalah
kekurangan benih di sektor-sektor kecil tertentu
Bagi
sektor sayur-sayuran umpamanya, 95% benih yang diperlukan adalah diimport dari
Thailand, Taiwan, China, Australia dan lain-lain lagi. Negara juga perlu
mengimport 25% benih ikan untuk menampung keperluan semasa.
4) Kekurangan
tenaga buruh.
Di
antara tahun 2001-2003 sahaja, seramai 19,343 buruh asing tambahan telah
diambil bekerja dalam sektor pertanian (termasuk sektor peladangan). Salah satu
masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian negara adalah petani atau pekebun
yang semakin tua.
5) Pelaburan
swasta dalam sektor makanan yang rendah.
Ini
kerana masih wujudnya persepsi bahawa sektor pertanian mundur dan memberi
pulangan yang kurang berbanding sektor lain. Kerajaan perlu menggalakkan lebih
banyak syarikat swasta yang besar untuk menceburi sektor pengeluaran makanan.
6)
Liberalisasi perdagangan di bawah WTO dan AFTA.
Ini
menyebabkan hasil pertanian negara menghadapi persaingan sengit daripada
negara-negara pengeluar yang mempunyai kelebihan kos pengeluaran yang rendah
dan lambakan hasil pertanian dijangka akan berlaku.
7) Ketidakstabilan
harga
Oleh
sebab penawaran dan permintan tidak anjal maka naik turun harga sentiasa
berlaku. Ketidakstabilan harga kerapkali mengugat rancangan pengeluaran dan
pelaburan terutamanya di kalangan petani kecil yang kekurangan sumber.
8) Penawaran
dan Permintaan bermusim
Ketidakstabilan
harga kerapkali berkait dengan musim penawaran dan permintaan. Permintaan komoditi pertanian
boleh dipengaruhi oleh acara
perayaan, perubahan pendapatan dan sebagainya. Penawaran sebaliknya
dipengaruhi oleh cuaca dan amalan perladangan.
9) Kekurangan
Saluran Pasaran Terjamin
Selain
padi dan beras, hasil petani terdedah kepada gejala pasaran domestik dan luar
negara. Dalam kes buah-buahan, sayur-sayuran dan koko, FAMA menyediakan saluran
untuk petani tetapi bukti menunjukkan bahawa FAMA lebih bertindak sebagai
pasaran terakhir daripada menjadi agen pemasaran.
10) Kos
dan Margin yang Tinggi
Disebabkan
oleh harga dan saluran keluaran pertanian adalah tidak pasti, perantara pasaran lazimnya
mengenakan kos perniagaan yang tinggi untuk mewajarkan pengambilan risiko.
11) Kekurangan
Maklumat Pasaran
Malangnya,
terdapat kekurangan maklumat yang komprehensif pada hampir semua peringkat
pemasaran. Ramai petani tidak mendapat maklumat yang kemaskini tentang harga
dan pasaran. Kekurangan pengetahuan menyebabkan petani tidak dapat menggunakan
maklumat sedia ada sebaik mungkin dan mengambil peluang-peluang ekonomi yang
wujud dalam pasaran.
12) Kekurangan
Infrastruktur Pemasaran
Kekurangan
infrastruktur terutama sekali di tempat-tempat terpencil juga membawa kepada
ketidakcekapan pemasaran. Persaingan pemasaran boleh dipertingkatkan sekiranya
lebih banyak pusat penyimpanan, perniagaan dan pemprosesan ditubuhkan untuk
menampung pengeluaran yang berlebihan.
SOKONGAN DAN BANTUAN KERAJAAN
Pihak
kerajaan telah memberikan pelbagai sokongan dan bantuan kepada peniaga yang
berniaga produk dan barangan yang berasaskan pertanian. Pihak kerajaan
menyedari golongan pengusaha ini amat memerlukan sokongan dan bantuan bagi
memudahkan perniagaan mereka. Bantuan dari segi pinjaman kewangan, kursus dan
bengkel serta khidmat nasihat sering diberikan oleh organisasi awam seperti
MARA, MARDI, FELDA dan FELCRA. Hal ini dapat membantu mereka meningkatkan lagi
mutu kerja dan kualitinya di samping menambahkan lagi kuantiti pengeluarannya.
Promosi
juga telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membuka mata masyarakat tentang
perniagaan yang berasakan pertanian. Perkara ini sedikit sebanyak telah membuka
mata golongan muda tentang kebaikan dan kelebihan perniagaan berasaskan
pertanian ini. Banyak program telah dijalankan bagi mempromosikan bidang ini
dan beberapa festival telah diadakan. Promosi juga dilakukan dalam media massa
dan media cetak bagi membolehkan maklumat sampai kepada semua orang.
Iklan-iklan di kaca televisyen juga banyak membantu memberi pemahaman kepada
orang ramai dan menarik minat mereka untuk menceburi bidang ini.
Insentif
dan kemudahan turut disediakan bagi mendorong orang ramai terutama
golongan muda untuk menyertai bidang ini. Kerajaan telah memperuntukakan
sejumlah wang dalam bidang pertanian untuk menggalakkan golongan muda
menceburinya. Kerajaan Malaysia telah menyediakan sebanyak RM30 juta bagi
pembangunan program pertanian. Perkara ini merangkumi aplikasi penggunaan
teknologi tinggi dalam pengeluaran buah-buahan dan sayuran, peningkatan
pembekalan benih berkualiti, penstabilan harga melalui jualan terus dari
ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan
pertanian.
Pelbagai
usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memupuk dan mengembangkan asas keusahawanan
dan melahirkan usahawan dalam kalangan bumiputera di negara ini. Pelbagai
agensi dan jabatan kerajaan disediakan bagi membantu usahawan Bumiputera. Salah
satu kementerian yang terlibat adalah Kementerian Pembangunan Usahawan yang
dapat membantu melahirkan usahawan Bumiputera yang amat berkualiti, berpotensi
tinggi dalam bidang perniagaan dan berupaya untuk berdaya saing di peringkat
dalam negara mahupun luar negara. Mereka ini akan menjadi ikon masyarakat dan
dijadikan contoh untuk para petani dan pengusaha mengembangkan dan menambahkan
hasil pengeluaran, produk dan barangan mereka.
KESIMPULAN
Perniagaan yang berasaskan pertanian
mampu memberikan pulangan dan hasil yang lumayan serta berpadanan kepada petani
dan pengusahanya. Ia juga membantu menjana ekonomi dan menggerakkan pembangunan
negara. Bidang ini perlu direvolusikan supaya ia berprestij kepada golongan
muda masa kini. Kebaikan bidang ini juga ia mampu mengurangkan pengimportan
barang makanan dari luar negara yang menelan kos perbelanjaan yang besar.
Selain itu, ia juga dapat mengelakkan penduduk yang tinggal di kawasan kampung
atau pedalaman berhijrah ke kawasan Bandar demi mencari peluang pekerjaan yang
lebih baik.
Oleh itu, tidak hairanlah kerajaan
memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk membangunkan bidang pertanian
kerana ia mampu membawa kepada bidang perniagaan yang lebih menguntungkan. Hal
ini telah mengundang seribu satu kebaikan kepada petani, pengusaha, orang
tengah dan negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)