Wednesday 14 December 2016

PENGENALAN


Negara Malaysia pada dasarnya mengamalkan dasar ekonomi terbuka. Dasar ini mudah dipengaruhi oleh perubahan suasana ekonomi antarabangsa atau negara-negara luar, terutamanya negara-negara maju. Namun begitu, ekonomi negara Malaysia tetap kukuh walaupun ekonomi Malaysia hari ini diasaskan dari sejarah perkembangan yang bertitik tolak dari zaman keagungan Kerajaan Melaka dan di zaman penjajahan British. Kesan yang paling ketara akibat daripada tindakan penjajah British yang mencorakkan aktiviti ekonomi negara semasa penjajahan mereka ialah berlaku ketidakseimbangan pembahagian aktiviti ekonomi dalam perkembangan dan pertumbuhan ekonomi di antara sektor, kawasan, kaum dan sebagainya. Namun begitu, ekonomi negara Malaysia tetap kukuh walaupun ekonomi Malaysia hari ini diasaskan dari sejarah perkembangan yang bertitik tolak dari zaman keagungan Kerajaan Melaka dan di zaman penjajahan British.Pada umumnya, terdapat tiga kumpulan kaum utama yang membentuk masyarakat Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Di samping tiga etnik ini, terdapat pula kumpulan minoriti seperti Orang Asli, Punjabi, Serani dan lain-lain. Kehadiran tiga kaum ini dan kaum-kaum lain telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini. Walaupun mereka menetap di sebuah negara yang sama, namun ketiga-tiga kaum ini masih mengekalkan identiti masing-masing dan mengamalkan tradisi yang tersendiri. Mereka masing-masing telah mengamalkan aktiviti seperti pertanian, perlombongan dan perdagangan dan saling mewujudkan perkongsian hidup di dalam aspek ekonomi.Pertanian merupakan sektor yang penting dalam pembangunan masyarakat dan negara kerana dapat memberikan kualiti kehidupan yang lebih baik melalui sumber makanan, sumber kewangan dan juga dalam sektor ekonomi negara. Slogan yang menyatakan ‘Pertanian adalah Perniagaan’ adalah punca kepada perubahan situasi ekonomi yang menjurus kepada pembangunan negara. Situasi ini terhasil apabila pengeluaran hasil pertanian melalui pekebun atau peniaga menjadi satu bidang perniagaan di mana dapat memenuhi keperluan asas dan juga harian kepada penduduk dalam negara ini. Hal ini membolehkan mereka menyara diri dan keluarga hanya dengan hasil pertanian sahaja.Visi ‘pertanian adalah perniagaan’ bertujuan untuk mentransformasikan Malaysia daripada sebuah negara perindustrian kepada sebuah negara pertanian. Melalui aktiviti-aktiviti pertanian, petani bukan sahaja dapat menampung perbelanjaan harian mereka malah dapat mengaut keuntungan yang lebih besar jika pengeluaran hasil pertanian tinggi. Golongan muda masa kini juga mula menceburi bidang pertanian kerana mereka melihat hasil pulangan yang lumayan dan mampu membuka peluang pekerjaan kepada golongan yang menganggur.Kerajaan juga telah banyak berusaha dalam membangunkan bidang pertanian untuk dijadikan bidang perniagaan yang dapat meningkatkan taraf hidup rakyat dan membantu meningkatkan pendapatan negara. Hasil pertanian juga bukan sahaja diguna pakai dalam Malaysia malah dieksport ke luar negara bagi tujuan memenuhi permintaan keperluan penduduk di sesebuah negara.

No comments:

Post a Comment