Wednesday 14 December 2016

POTENSI BIDANG PERTANIAN SEBAGAI PERNIAGAAN

Bidang pertanian berpotensi sebagai perniagaan yang menguntungkan dan merupakan perkara yang menjadi asas pegangan petani atau sesiapa sahaja yang mengusahakan bidang pertanian itu sendiri. Bidang pertanian dilihat berpotensi tinggi untuk dibawa ke peringkat antarabangsa kerana hasil keluarannya mempunyai kualiti yang tinggi dan setanding dengan negara-negara pertanian yang lain. Malaysia juga mampu mengeksport hasil tanaman dalam kuantiti yang banyak kerana tanah di Malaysia sangat subur, luas dan sesuai untuk bidang pertanian.
Selain itu, bidang ini juga berpotensi mengeluarkan produk yang bermutu tinggi untuk dipasarkan di pasaran tempatan dan anatarbangsa. Untuk memenuhi permintaan pasaran, beberapa tindakan perlu dilakukan seperti pelabelan, penggredan dan pembungkusan bagi menepati piawaian-piawaian antarabangsa. Jabatan Pertanian sedang melaksanakan satu program iaitu Skim Akreditasi Ladang Malaysia (SALM) bagi menjamin kualiti hasil pengeluaran lading dan pemprosesan. Bidang ini akan dapat mengeluarkan produk yang bermutu tinggi jika program seperti ini dapat dilaksanakan dengan baik.
Aspek-aspek kualiti dan keselamatan juga berpotensi membawa kepada keuntungan. Ia juga meberi jaminan pasaran tempatan dan luar negara di samping memperolehi harga yang lebih tinggi. Daya saing dalam pengeluaran akan dapat dipertingkatkan lagi jika semua pengusaha mengamalkan amalan dan pendekatan ini. Program kualiti juga perlu dilaksanakan oleh jabatan dan agensi yang telibat bagi memberi pemahaman kepada pengusaha. Hal ini dapat membantu meningkatkan potensi dan mengekalkan kualiti pengeluran barangan atau produk mereka.
Perubahan yang baru dalam bidang pertanian adalah amat penting bagi meningkatkan potensi bidang tersebut. Peranan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan adalah amat diperlukan bagi membangunkan bidang pertanian yang memerlukan tanah sama ada di darat dan di laut. Bidang kuasa yang telibat adalah Kerajaan Negeri di mana jika Jabatan Perikanan merancang untuk membangunkan Zon Industri Akuakultur sudah tentulah kawasan atau tempat tersebut di bawah seliaan Kerajaan Negeri yang terlibat. Kelancaran dan kejayaan projek ini amat bergantung kepada kelulusan dan syarat yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.  

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama-sama jabatan dan agensi kerajaan di bawahnya perlu merancang dan melaksanakan program dan projek untuk meningkatkan potensi bidang pertanian. Ia mampu membawa kepada pengeluaran makanan dan memajukan kumpulan sasaran iaitu para petani dan pengusahanya. Oleh itu, pihak kerajaan perlu meletakkan pegawai yang mencukupi bagi membolehkan program dan projek pertanian dapat dijalankan dengan baik. Mereka perlu diletakkan di setiap peringkat daerah dan negeri mengikut kesesuaian dan bilangan petani yang ada. Hasil pertanian dapat dikekalkan dalam potensi yang baik jika ketua-ketua jabatan mengagihkan tenaga kerja dengan baik.

No comments:

Post a Comment