Wednesday 14 December 2016

CABARAN/HALANGAN BIDANG PERNIAGAAN


Untuk memajukan sektor pertanian negara sebagai satu sektor yang moden, dinamik dan berdaya saing, isu-isu kritikal dan cabaran yang dihadapi oleh sektor pertanian perlu ditangani. Berikut merupakan antara cabaran yang dihadapi oleh sektor pertanian:
I)             Saiz ladang yang berskala kecil dan tidak ekonomik.
Saiz tanah yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang tinggi. Kajian yang dijalankan mendapati 65% pesawah padi mengusahakan sawah yang bersaiz kurang dari satu hektar. Sub-sektor pengeluaran makanan pertanian juga terpaksa bersaing dengan sektor perladangan untuk mendapatkan tanah yang baik.
           2)         Kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir.
Hal ini demikian kerana ramai ramai golongan muda terutama golongan mahasiswa dan mahasiswi tidak berminat untuk mempelajari dan menceburi bidang pertanian ini kerana mereka tidak mahu bersusah payah di bawah panas terik matahari dan lebih mementingkan keselesaan diri sendiri serta berminat untuk makan gaji.
           3)         Masalah kekurangan benih di sektor-sektor kecil tertentu
Bagi sektor sayur-sayuran umpamanya, 95% benih yang diperlukan adalah diimport dari Thailand, Taiwan, China, Australia dan lain-lain lagi. Negara juga perlu mengimport 25% benih ikan untuk menampung keperluan semasa.
           4)         Kekurangan tenaga buruh.
Di antara tahun 2001-2003 sahaja, seramai 19,343 buruh asing tambahan telah diambil bekerja dalam sektor pertanian (termasuk sektor peladangan). Salah satu masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian negara adalah petani atau pekebun yang semakin tua.



           5)         Pelaburan swasta dalam sektor makanan yang rendah.
Ini kerana masih wujudnya persepsi bahawa sektor pertanian mundur dan memberi pulangan yang kurang berbanding sektor lain. Kerajaan perlu menggalakkan lebih banyak syarikat swasta yang besar untuk menceburi sektor pengeluaran makanan.
6)        Liberalisasi perdagangan di bawah WTO dan AFTA.
Ini menyebabkan hasil pertanian negara menghadapi persaingan sengit daripada negara-negara pengeluar yang mempunyai kelebihan kos pengeluaran yang rendah dan lambakan hasil pertanian dijangka akan berlaku.
7)        Ketidakstabilan harga
Oleh sebab penawaran dan permintan tidak anjal maka naik turun harga sentiasa berlaku. Ketidakstabilan harga kerapkali mengugat rancangan pengeluaran dan pelaburan terutamanya di kalangan petani kecil yang kekurangan sumber.

8)        Penawaran dan Permintaan bermusim
Ketidakstabilan harga kerapkali berkait dengan musim penawaran dan     permintaan. Permintaan komoditi pertanian boleh dipengaruhi oleh acara     perayaan, perubahan pendapatan dan sebagainya. Penawaran sebaliknya dipengaruhi oleh cuaca dan amalan perladangan.
9)        Kekurangan Saluran Pasaran Terjamin
Selain padi dan beras, hasil petani terdedah kepada gejala pasaran domestik dan luar negara. Dalam kes buah-buahan, sayur-sayuran dan koko, FAMA menyediakan saluran untuk petani tetapi bukti menunjukkan bahawa FAMA lebih bertindak sebagai pasaran terakhir daripada menjadi agen pemasaran.
10)      Kos dan Margin yang Tinggi
Disebabkan oleh harga dan saluran keluaran pertanian adalah tidak pasti, perantara pasaran lazimnya mengenakan kos perniagaan yang tinggi untuk mewajarkan pengambilan risiko.

11)      Kekurangan Maklumat Pasaran
Malangnya, terdapat kekurangan maklumat yang komprehensif pada hampir semua peringkat pemasaran. Ramai petani tidak mendapat maklumat yang kemaskini tentang harga dan pasaran. Kekurangan pengetahuan menyebabkan petani tidak dapat menggunakan maklumat sedia ada sebaik mungkin dan mengambil peluang-peluang ekonomi yang wujud dalam pasaran.
12)      Kekurangan Infrastruktur Pemasaran

Kekurangan infrastruktur terutama sekali di tempat-tempat terpencil juga membawa kepada ketidakcekapan pemasaran. Persaingan pemasaran boleh dipertingkatkan sekiranya lebih banyak pusat penyimpanan, perniagaan dan pemprosesan ditubuhkan untuk menampung pengeluaran yang berlebihan.

No comments:

Post a Comment